Wednesday, 23 October 2013

=```` MaKna DaRi HaTi ````=


:~ REDHA ILAHI ~:



Ketenangan yang dicari selama ini.
Masih belum kutemui.
Namun hari ini,
Telah membongkar suratan hati.

Damai yang dicari sudah dikecapi,
Tika hatiku mula mencari Ilahi,
Kerna diri ini sudah penat berlari,
Ingin penuhi harapan insan yang dikasihi.

Tempat ini terlalu gah buatku,
Tidak selari dengan usahaku,
Niatku ingin meninggalkanmu,
Tapi pasti semua akan menentangku.

Apa lagi pilihan yang ku ada,
Jika diteruskan pasti binasa,
Jika berhenti ramai yang kecewa,
Yang pasti, akulah yang bakal menanggung 
akibatnya.

Akhirnya aku hanya mampu berserah,
pada yang Maha Kuasa,
Jika tempat ini terbaik buat diriku,
aku akan terima,
Jika berlaku disebaliknya,
biarlah aku pergi dengan redhaNya.


" Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang engkau tidak mengetahui"

Z. A. triple H.






Saturday, 21 September 2013

Man Jadda Wa Jadda



Apa yang tersemat dihati
Tidak akan sama apa yang terluah dibibir


Assalamualaikum & selamat pagi..! uhuhuuu...~ hari ni terdetik nak post something dkt sni setelah hampir 2 bulan melenyapkan diri.. adat belajar dkt matrik katakan.. haa..! mesti pelik kan, 'apa pasal la chef sorang nih, nak bersastera pulak'.. kan..? well, apa yg chef tulis kat atas tu, mmg itu yg chef ingin sampaikan.. lg pun, mmg betul kan? kita takkan mampu meluah apa yg dirasa dlm hati.. membiarkannya terpendam hingga menjadi batu yg menghuni ruang sang hati..hehe.. kalu perasan laa kan, title yg chef tulis tu pun mcm xde kena mengena dgn chef tulis skrg..kuikuikui~ tp chef nak story la sikit kan..

Semalam, chef terlibat dgn program motivasi anjuran kolej.. yg menariknya lg, motivator yg diundang khas tu ialah Dr. Tengku Asmadi..! mmg best la ceramah smlm.. start ceramah pukul 2.50 ptg smpai 5.30.. byk kisah2 motivasi yg boleh dimanfaatkan.. ptg tu sesi 1, mlmnya pulak sesi 2.. xtau la chef habis pkul berapa smlm sbb chef sesi 1..then hari ni pulak ada Math Bonanza.. 8.30am - 12pm .. niat mmg nak pegi, tp memandangkan penyertaannya terhad so, chef xjadi laa nak join.. mesti berpusu2 student pegi punya.. yelaa, sapa yg xnak hadiah best2 , awesome2 gitu.. antara hadiah yg teacher kuliah math chef tunjuk, pendrive 32GB, Power Bank , speaker, calculator, guitar & byk lagi..~ so, sampai sini je kot.. chef dah lapar sgt nih.. nak pegi turun cafe latte ..haahaa.. See ya..!
(1.67)
Let bygone be bygone


Z. A. triple H.






Wednesday, 10 July 2013

\...Ramadhan Di Tangkak, Johor.../

Assalamualaikum.. hari pertama berpuasa di tempat org, jauh dari keluarga.. Pengalaman yg sgt baru buat diri ini.. terasa bagai ramadhan ini disambut hambar walau ku mengukir senyum, mengolah bahagia.. keghairahan utk berbuka, membeli di bazaar & yg paling utama waktu bersahur semakin berkurang.. Baruku  sedar bahawa tidak selamanya kita kekal bersama.. Adakalanya, perpisahan pasti berlaku tanpa perlu menunggu persiapan diri.. BE STRONG, GIRL !! (apsal la melankolik sgt first paragraph aku nih eh..? ahahaa!)

Apa2 pun, sbnarnya x la sedih sgt just sayu sikit.. teringat opah kat Penang nuu..~ apa laa yg opah kesygan bersahur..? berbuka pulak mcm mna...? uhuk! uhuk! rindu laa!! Chef kat sni merindui org2 yg di sana..~ rindu yg dipendam x diluah..~ 

Even sedih sbb menyambut ramadhan jauh dari keluarga, tp excited sbb sambut bersama kawan2 yg turut sama berada jauh dari famili tercinta.. Experience pertama katakan..~ lebih2 lagi bazaar ramadhan dpn kolej kediaman aja..~ eheheee..~ Best! Best! (y) .. tu je lah nak story psl ramadhan thn ini..~ Chef nak turun pegi bazaar ramadhan jap lagi.. See ya..!

Z. A. triple H.




Monday, 24 June 2013

Life iN Johore Matriculation College

Assalamualaikum.. baru ada kesempatan nak coretkan disini.. Spanjang kehilangan chef selama ni, sbnarnya busy menguruskan perihal berada di KMJ, Tangkak, Johor.. termasuk mggu nih, dah dkt 3 mggu laa.. mggu dpan cukup la sebulan ada kat sni..(nape ayat mcm skema lebih je nih..? ignore kan..) tulis ni pun sbb cuti smpai selasa..  mmg 'agak' relax sikit tp mesti ada klas ganti punya.. haiihh.. penat2.. ni kes jerebu laa.. selak langsir je, mmg x nmpak jelas bngunan2 kat luar nuu.. dah mcm dkt overseas plak.. berkabus gitu!ehehee... blajar dkt sni mmg kena ada ketahanan yg kuat ahh.. kalo x, mmg boleh kecundang..(chef pun nyaris je nak give up mggu ke-2 tu..hewhew..~) adat blajar katakan.. bak kata pensyarah sn comp. chef, xde tekanan tu bukan pelajar nmanya..heheee.. betul la kann.. kadang2 stress tu boleh jadi stress yg baik buat someone.. so, i'll take that challenge..!haha! 

>>AZAM!! 4.00 FLAT!!<< 
(trademark 2013/14 session)

pemandangan dari floor 3 blok E

<-- betapa tebalnya jerebu pd pkul 1 lebih.. smpai gunung Ledang pun x nmpak byg.. so, thats all for tonight.. See ya..!

Z. A. triple H











Thursday, 16 May 2013

__ All in One ! __

Assalamualaikum semua.. hari ni punya post pendek aja.. Chef akan tulis secepat yg mungkin sbb nak kejar masa.. kalo ada typo, harap maaf ye..! Chef dah dpt lesen P.. nak dekat 3 mggu jugak tp x test drive lagi.. tggu masa yg sesuai.. Chef dpt tawaran matrik kat KM Johor, Tangkak, Johor. daftar 27 Mei 2013 nih.. x sure lg nak pegi ke tak.. kena tggu result UPU kluar esk baru tau nak buat apa.. Rancangnya, kalo x dpt mna2 U, chef masuk matrik aja lah.. Tu aja pilihan yg ada.. kalo dpt U, mmg xmasuk la matrik tuh.. hmmm...~~ tu aja kot story hari nih.. Chef dah xda idea nak tulis apa.. otak dah pening2 kucing.. apa2 hal nnti, chef post kat sini lagi ye..? See ya..!

Z. A. triple H.

cover photo facebook chef.. sapa2 yg baca, rajin2 la add ye..~(chef edit sendiri)